
JOM MENJADI SAHABAT YARCARE!
SUKARELAWAN • MINI DUTA • JARINGAN KOMUNITI
YAYASAN AR RIDUWAN
BERSAMA MENYANTUNI, BERSAMA MEMBINA KOMUNITI
Yayasan Ar Riduwan membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk menyertai Sahabat YARCARE sebagai sukarelawan dan Mini Duta Yayasan Ar Riduwan.
Program ini bertujuan membina jaringan individu prihatin yang mempunyai semangat kesukarelawanan, kepimpinan, keusahawanan dan tanggungjawab sosial.
MANFAAT MENJADI SAHABAT YARCARE
1. PENGIKTIRAFAN MINI DUTA
Peluang membawa identiti rasmi Mini Duta Yayasan Ar Riduwan dalam aktiviti dan program yang diluluskan.
2. PROFIL TOKOH MASYARAKAT
Peluang mengetengahkan nama, gambar dan profil ahli sebagai individu yang aktif menyumbang kepada komuniti melalui platform rasmi Yayasan, dengan persetujuan ahli dan tertakluk kepada penilaian serta kelulusan penerbitan.
3. JARINGAN PERNIAGAAN
Membina hubungan dengan usahawan, profesional, NGO, organisasi dan rakan strategik.
4. PEMBANGUNAN DIRI DAN KEPIMPINAN
Peluang mengikuti aktiviti, latihan, program komuniti dan pembangunan kemahiran.
5. PELUANG KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN
Terlibat dalam program kesihatan, pendidikan, ekonomi dan kebajikan masyarakat.
6. PENGHARGAAN BERTERUSAN
Peluang menerima sijil penghargaan, pengiktirafan penyertaan dan jemputan program berdasarkan penglibatan serta sumbangan.
KELENGKAPAN RASMI MINI DUTA
Setiap ahli perlu memiliki satu set kelengkapan rasmi:
T-shirt Polo berkolar.

T-shirt Round Neck.

Cap rasmi Yayasan Ar Riduwan
.Pen YARCARE.

Buddy Bag.

Keychain.

Lanyard.
Kad pengenalan ahli.
PAKEJ PENDAFTARAN RASMI
Yuran pendaftaran: RM30.00
Kelengkapan rasmi Mini Duta: RM180.00
JUMLAH KESELURUHAN: RM210.00
Kos penghantaran termasuk dalam harga kelengkapan RM180.00.
JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA JARINGAN KAMI
Kami percaya setiap individu mempunyai potensi untuk membawa perubahan positif.
Bukan sekadar menjadi sukarelawan, tetapi bersama-sama membina legasi kebajikan, memperkukuh jaringan masyarakat dan mengangkat nama individu yang berjasa kepada komuniti dan negara.

DAFTAR SEKARANG SEBAGAI SAHABAT YARCARE!
YAYASAN AR RIDUWAN
No. Pendaftaran BHEUU: PPAB/04/2025
Telefon / WhatsApp: 019-529 9929